Israel Mahu Bahagikan Masjid Al Aqsa Antara Penganut Agama.


BEIJING - Malaysia menentang keras hasrat Israel untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci bagi umat Islam dan penganut Kristian. 

Langkah ini merupakan satu lagi perbuatan mencabul undang-undang antarabangsa dan akan memburukkan lagi keadaan di wilayah Palestin yang diduduki rejim Yahudi itu.

"Israel juga perlu menghentikan semua kegiatan penempatan haram dan meroboh struktur binaan rakyat Palestin serta mematuhi gesaan masyarakat antarabangsa supaya menarik balik sekatan haram yang dikenakannya terhadap Gaza," kata Duta Besar Malaysia ke China Datuk Iskandar Sarudin pada mesyuarat antarabangsa dua hari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyokong perdamaian Israel-Palestin yang bermula hari ini.

Mesyuarat itu bertemakan 'Menghidupkan kembali penglibatan bersama antarabangsa ke arah mencapai penyelesaian dua negara dalam sengketa Israel-Palestin'.

Iskandar berkata, Israel perlu sedar bahawa masa depannya bergantung pada penubuhan Negara Palestin melalui penyelesaian secara dua peringkat, yang berpandukan sempadan yang wujud sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments