Suku Kaum Yang Tinggal Di Pulau Terapung.

Suku kaum pribumi ini tinggal di atas sebuah pulau buatan terapung yang sentiasa bergerak di atas air. Kehidupan unik suku kaum pribumi di Amazon ini tidak boleh ditemui di mana-mana tempat lain di dunia ini.

Hanya suku kaum ini sahaja satu-satunya yang mempunyai idea untuk tinggal di atas pulau terapung yang dihuni bersama-sama kaum mereka.

Suku kaum Uros merupakan suku kaum kecil yang tinggal di Peru, Amerika Selatan. Tiada manapun suku kaum asli yang hidup dengan yang begitu unik untuk ditemui di tempat lain di dunia.

Mereka menghabiskan hari-hari seharian dalam kehidupan dengan hidup diatas pulau-pulau yang sengaja dibuat untuk terapung.

Pulau-pulau terapung ini terletak di Tasik Titicaca di Peru dengan motif utamanya dicipta untuk berlindung dari puak-puak lain yang lebih kuat dari tribes mereka yang kecil ini.

Dikatakan dengan tinggal di atas pulau terapung di tasik yang agak besar dan terpencil ini mereka mampu mendapat perlindungan secukupnya sekiranya terancam.

Mereka membina rumah-rumah kecil diatas pulau terapung menggunakan buluh-buluh kering yang di ubahsuai untuk membentuk rumah berdasarkan kreativiti mereka sendiri.
Terdapat hampir empat puluh buah rumah pulau terapung disini dengan sebuah pulau terapung di tengah- tengah dijadikan pusat utama titik fokus komuniti untuk sebarang perjumpaan atau aktiviti suku kaum pribumi ini.

Hari ini, kira-kira separuh daripada populasi puak pribumi suku kaum Uros Amazon (kira-kira 500 orang), masih dan lebih suka untuk terus hidup dengan kehidupan unik atas pulau terapung mereka ini!



Floating Village
P9150899











PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments