Gadis Suku Pashtun - Golongan Wanita Tercantik Di Dunia (7 Gambar)


Suku Pashtun adalah salah satu suku di Afghanistan. Populasi mereka terletak di wilayah timur dan selatan negara yang penuh konflik ini. Dan, gadis suku Pashtun memang memiliki kriteria yang disebut-sebut sebagai golongan gadis tercantik dunia.

Ciri-ciri utama yang terdapat pada mereka adalah mata yang besar dan berhidung mancung. Mata mereka sangat mempesona seolah-olah ia mampu menyihir seseorang untuk terus menatap wajah mereka. Wanita dalam suku Pashtun sendiri mendapat kedudukan yang sangat mulia . Perempuan bagi kaum mereka, bagaikan bunga yang mesti dilindungi dan umpama harta yang paling berharga dalam keluarga.

“Mereka sangat menjunjung tinggi kedudukan wanita seolah-olah wanita itu adalah harta yang paling berharga.” Bahkan, orang Pashtun akan berasa sangat malu sekiranya anggota keluarganya terlihat oleh orang luar selain ahli keluarga sendiri.

Walaubagaimana pun, tetap ada beberapa wanita Pashtun yang menjejaki karier sebagai selebriti di Pakistan dan India. Ke-eksotikan wajah mereka menjadi salah satu daya penarik yang sangat kuat.







PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments