Bahagia Bersuami Lima.

Kehidupan wanita ini sememangnya pelik kerana hidupnya bukan sahaja dikelilingi oleh lima lelaki yang layak dipanggil ipar duai malahan kelima-lima mereka adalah suaminya!. Pastinya cara hidup begini boleh dikatakan tidak bertamadun. Tetapi itulah hakikatnya kehidupan seorang wanita India ini yang bernama Rajo ini.

Seorang wanita bergelar isteri bukan untuk seorang suami tetapi untuk lima lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik.



Lebih pelik lagi apabila dia yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa sebenarnya kepada anak-anaknya itu. Hal ini kerana berlakunya ‘perkongsian’ sesama mereka lima beradik lelaki itu.

Rajo mengakui pada awalnya dia berasakan kehidupannya agak pelik namun lama-kelamaan ianya menjadi kebiasaan. Lebih mengejutkan apabila dia mengakui tidak pernah terjadi masalah pilih kasih terhadap kelima-lima suaminya jauh sekali rasa cemburu.Kata Rajo lagi “Kami tidak mempunyai katil, hanya selimut yang diletakkan di atas tilam,’’ katanya.

Tambah Rajo lagi, ibunya sendiri mengahwini tiga beradik. Justeru, dia tahu dia akan mengalami perkara sama apabila dewasa kelak. Jelas Rajo “saya tahu saya terpaksa menerima mereka semua sebagai suami saya,’’. Tradisi kuno ini dikenali sebagaipoliyandri.

Rajo menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat perhatian yang lebih daripada suami-suami, berbanding kebanyakan isteri yang lain yang hanya mempunyai seorang suami.
 
Rajo mendukung Jay bersama lima suaminya (dari kiri) San Ram, Bajju, Gopal, Guddu dan Dinesh.

Dalam pada itu, Guddu yang berusia 21 tahun adalah merupakan suami pertama Rajo berkata mereka semua menjalin hubungan seks dengan Rajo.

Kata suami pertama Rajo “Saya tidak cemburu. Kami semua adalah satu keluarga yang bahagia.’’ katanya.

Namun begitu, bagi Rajo Verma, 21 hal ini bukanlah sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, seiring dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya. Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu. Untuk mengadili kesemua adik beradik tersebut, Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran.

Seterusnya, mengikut adat di kampung berkenaan Rajo perlu menjadikan semua adik beradik berkenaan termasuk Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26 dan Dinesh, 18, sebagai suami. Tradisi kuno masyarakat Hindu di sana adalah bertujuan untuk keluarga mereka mempertahankan tanah pertanian masing-masing.

Suami kelimanya iaitu Dinesh dikahwininya tahun lepas ketika lelaki itu berusia 18 tahun. Sementara Bajuu pula berkata dia menganggap Rajo sebagai isterinya dan tidur dengan wanita itu sama seperti adik beradiknya yang lain.

Tambah Bajuu lagi, Rajo membuat kerja-kerja seperti memasak, mengemas rumah selain menjaga anak mereka manakala dia dan adik beradiknya keluar bekerja di Dehradun yang terletak di utara India.

Begitulah jika hidup tidak bertamadun tetapi perkara ini menjadi salah satu amalan pelik yang diamalkan di sebuah daerah di India. Mungkin mereka selesa hidup begitu tapi bagi masyarakat yang normal dan hidup dengan persekitaran sihat tidak mungkin berlaku hal yang sedemikian ini.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments