Suku Kaum Yang Tidak Punyai Lubang Hidung.


Sememangnya perkara ini kedengaran pelik tetapi itulah kebenarannya. Satu suku kaum di India sebetulnya lahir dalam keadaan normal tetapi mereka sendiri yang mengubahsuai hidung dan menjadikan hidup mereka ‘tersiksa’ tanpa lubang hidung.

Tradisi pelik ini yang hanya diamalkan oleh kaum wanita suku India dari kumpulan Apatani terpaksa mengharungi kepayahan bernafas kerana hidung mereka ‘dipaksa’ tutup atau disumbat. Inilah antara budaya pelik kaum tersebut.

Penyumbat berwarna hitam yang diperbuat daripada buluh itu lazimnya akan dipotong mengikut ukuran lubang hidung. Kemudian, penyumbat tadi disumbat ke dalam rongga hidung sehingga tertutup kemas.

Penyumbat hidung ini biasanya akan di ganti setahun sekali hingga saiz lubang hidung membesar dan berukuran diameter lima sentimeter atau bersamaan panjang ibu jari.

Bukan itu sahaja, satu tatu juga dilukis bermula dari dahi hingga ke dagu sehingga pihak wanita dari suku India ini kelihatan hodoh. Ada sebab mengapa mereka mengamalkan budaya pelik ini…

Sebenarnya, budaya pelik seperti ini dilakukan kerana sebelum budaya ini dicipta, kaum wanita dari suku India kumpulan Apatani ini sering diculik dan dirogol kerana kecantikan mereka.

Oleh yang demikian, bagi membendung perkara ini daripada terus berleluasa, tindakan menghodohkan mereka adalah jalan yang terbaik buat mereka. Mungkin dengan cara menghodohkan wajah ini kaum wanita tidak lagi menjadi buruan atau mangsa rogol.

Namun, kini budaya tersebut sudah tidak diamalkan lagi. Wanita Apatani lahir sejak tahun 1970, tidak lagi bersedia untuk meneruskan tradisi mengerikan seperti itu. Dengan arus kemodenan pada zaman sekarang, hanya warga tua sahaja yang mengamalkan amalan ini dan kerajaan mereka juga sudah pun menghapuskan adat yang benar-benar menyiksakan ini.

Macam-macam benda pelik manusia lakukan tetapi amalan seperti ini pastinya sangat menyusahkan kerana mereka terpaksa bernafas melalui mulut dan wajah menjadi pelik. Tetapi itulah realitinya…


Bernafas melalui mulut

Hidung disumbat serta wajah ditatu supaya kelihatan hodoh.
PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments