Cuci Mata Guna Pisau Cukur.

Sungguh unik, membersihkan mata menggunakan eyemo (ubat mata) mungkin terlalu mainstream dan biasa di lakukan oleh orang ramai. Lain ceritanya di China apabila membersihkan mata dengan cara yang ekstrem dan ngeri apabila membersihkan mata dengan mencukur bola mata.

Dalam tempoh 7 tahun,Liu Deyang berusia 53 tahun itu telah menjalankan kariernya sebagai pencukur bola mata profesional. Dia membuka seperti pusat rawatan di sebuah taman kecil di kota Chengdu, China.

Prosedur ini memang kelihatan berbahaya dan berisiko serta boleh menyebabkan komplikasi, dari melukai mata hingga terjadinya jangkitan merbahaya akibat pisau yang diguna pakai untuk orang ramai sekaligus. Tetapi di China, amalan ini sudah menjadi satu tradisi kuno. Cuma tidak ramai yang masih mengamalkan amalan sebegini.

Liu juga memberikan perkhidmatan mencukur rambut dan bulu muka. Kata pelanggan yang telah mencuba, dia membilas pisaunya dengan cepat lalu menggunakannya untuk membersihkan mata pelanggan.







PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments