Lagu Najwa Latif Di Nyanyikan Oleh Para Pelajar Amerika ( Video ).


Penyanyi Najwa Latif terharu selepas menonton menerusi YouTube sekumpulan pelajar sekolah di American high school Chorus group dari Chariho Regional High School, Rhode Island menyanyikan lagunya dalam Bahasa Malaysia.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, berkata, dia mendapat tahu perkara itu selepas peminat-peminatnya memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman sosial Twitter. Sekumpulan pelajar sekolah di Amerika Syarikat (AS) menyanyikan "SAHABAT" dalam Bahasa Malaysia.

“Saya terharu dan sebak apabila menonton video tersebut di YouTube. “Tidak sangka pelajar-pelajar di sana (Amerika) begitu senang membawakan lagu Sahabat. Rasa macam tidak percaya. “Ini menunjukkan lagu tersebut mudah diterima oleh sesiapa sahaja, Alhamdulillah,” katanya.

Pelajar-pelajar tersebut menyanyikan lagu berkenaan dengan lancar sehingga membuatkan guru muzik yang mengajar mereka menitiskan air mata. Klip video lagu tersebut telah pun dimuat naik di YouTube dan dalam tempoh seminggu, ia berjaya meraih sebanyak 180,000 jumlah tontonan.

Video ini telah di upload oleh orang Malaysia iaitu Ana Najia dimana dia seorang pelajar pertukaran yang pergi kesana.





Dimana, guru Chorus Ana, Cik Dowding bertanya kepada dia jika mempunyai sebarang lagu dari Malaysia yang saya boleh mengajar kepada pelajar. Lagu yang paling mudah dan bermakna yang dia boleh dapati adalah Sahabat oleh Najwa Latif. Jadi, Ana mengambil keputusan untuk mengajar mereka lagu ini! Ia adalah sukar bagi mereka untuk belajar lagu ini, tetapi kemudian mereka membiasakan diri dengan bahasa dan segala-galanya menjadi lebih mudah.
Berikut adalah video lagu Sahabat nyanyian pelajar di Amerika.


PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments