Mayat Di Sekitar Laluan Gunung Everest ( 8 Gambar ).

Umum mengetahui yang Gunung Everest merupakan gunung yang paling tinggi di dunia. Disebabkan ketinggiannya itu dan kecantikan pemandangan di situ, ramai pendaki di seluruh dunia cuba untuk menawan puncaknya.

Dalam aktiviti penawanan puncak Gunung Everest ini lah, ramai pendaki yang kecundang dan mayat mereka dibiarkan begitu sahaja di sana kerana kesukaran untuk membawa mayat-mayat itu turun.

Mayat mereka sempurna dipelihara hingga ke hari ini kerana persekitaran yang sangat sejuk. Di sepanjang laluan sehingga ke kemuncak gunung tersebut pendaki sememangnya akan melalui mayat-mayat ini. Terdapat mayat-mayat yang berumur lebih 50 tahun yang kelihatan seperti mereka baru mati dan diletakkan di situ semalam.

"Death zone" atau pun "Zon mati" berada pada kira-kira ketinggian 26.000 kaki. Dimana udara disitu begitu nipis dan tiada ruang untuk membuat sebarang kesilapan. Radang dingin atau frostbite boleh berlaku serta-merta. 

Kebanyakan pendaki mati apabila mereka berehat disebabkan penyakit akut ketinggian. Terdapat lebih 200 mayat bergelimpangan di sekitar laluan mendaki Gunung Everest.

Jom kita lihat gambar mayat-mayat yang terbiar tidak dituntut di Gunung Everest. Menyeramkan!








PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments