Akaun Facebook Hina Islam Cetus Kemarahan Orang Ramai.


SHAH ALAM - Satu akaun laman sosial Facebook menggunakan nama ‘Parti Geletek Allah (PGA) yang diwujudkan sejak 21 Disember 2012 telah mencetuskan kemarahan dan kebimbangan umat Islam.

Laman terbabit yang menyentuh sensitiviti agama didakwa menghina ALLAH, Rasulullah dan Islam.

Dengan menggunakan nama tersebut di Facebook, PGA mengiktiraf mereka sebagai parti politik dengan menawarkan keahlian percuma kepada orang ramai.

Laman Facebook PGA itu juga mempelawa mempelawa orang ramai yang sudah muak dan penat melayan melayan kerenah parti-parti di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan PKR, menyertai mereka.

Kesemua orang ramai mengutuk tindakan pemilik akaun tersebut kerana tidak menghormati sensitiviti agama di negara ini.

"Bolehkah jangan menghina agama Islam, ko ada kuasakah mahu hina agama orang? Kalau ada post gambar dan video kau ada kuasa syaitan," kata salah seorang warga Facebook, Mohd Firdaus Abdul Lamir dalam akaun PGA.

Nur Amira Syahirah pula berkata, tiada guna bercakap dengan manusia seperti pemilik akaun Facebook itu.











PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments