Giliran Fiza Elite Pula Berhijab.

Apabila diperhatikan semakin ramai artis dan selebriti wanita yang berhijrah untuk bertudung atau berhijab. Terkini, seorang lagi selebriti tanah air, Fiza Elite telah mengikut jejak langkah rakan-rakan artis sebelum ini.

Sejak 6 Jun lalu, pelakon dan penyanyi ini telah tampil sopan berhijab. Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh Fiza menerusi akaun Instagramnya.

“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja.

“Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga.

“Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” ujar Fiza yang dipetik daripada sebuah blog hiburan.

Semoga penghijrahan ini akan kekal sehingga ke akhir hayat dan menjadi contoh kepada masyarakat.








PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments