Kerana Dendam Kepala Buaya Dipenggal.


Seorang bapa yang kehilangan anaknya akibat dibaham buaya bertindak memburu buaya tersebut untuk melunaskan dendamnya. Bapanya yang masih menyimpan dendam terhadap buaya berkenaan bertindak memasang umpan dengan bantuan dua orang pawang buaya. 

Akhirnya mereka berjaya menangkap dengan kaedah tradisional dan terus membunuhnya. Kisah ini mempaparkan kesedihan seorang ayah atas kehilangan anaknya akibat dibaham buaya.

Bintulu: “Aku bayar dendam aku,” kata Angsa Indang, 45, sambil membelah perut Bujang Suai iaitu seekor buaya sepanjang 13 meter yang disyaki membaham anak bongsunya sebulan lalu ketika mandi di Sungai Suai, dekat sini.

Semalam, reptilia yang dikatakan membunuh Jerry Apat, 11, murid tahun lima Sekolah kebangsaan Kampung Iran itu berjaya ditangkap dua pawang buaya, Nyegang Nawing dan Agong Rayang dari Sungai Temiang, Bakong menggunakan umpan daging babi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Buaya jantan yang turut diberi nama jolokan S Jibeng oleh penduduk setempat itu dikatakan digeruni kerana dipercayai pernah mengganas dan meragut nyawa manusia berdasarkan beberapa kesan luka tembakan pada kepala dan ekor termasuk mata kiri yang buta.

Pemburuan menggunakan kaedah tradisional itu dimulakan petang Isnin lalu menggunakan pancing lebih 10 mata kail bertali rotan dan berumpan daging babi itu berhasil membunuh buaya berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Sebaik bangkai reptilia itu ditarik ke darat, Angsa dilihat menghampirinya sambil melepaskan kemarahan dengan beberapa kali menghamburkan kata-kata “aku bayar dendam aku”, “kenapa kacau aku” dan “kau bunuh anak aku”.



PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments