Pakcik Ditetak Dengan Sabit Dan Disamun ( Gambar Ngeri ).



Sipitang: Tidak cukup dengan menyamun wang gaji milik penjaga kebun getah berusia 68 tahun, seorang perompak bertindak gila apabila cuba memenggal kepala mangsa sebanyak dua kali menggunakan sabit hingga menyebabkan rahangnya hampir putus, manakala tetakan kali kedua mengenai belakang kepala sehingga menampakkan tulang leher mangsa.

Dalam kejadian jam 11 malam di kebun getah di Kampung Susuk Sapok, di sini, mangsa, Laud Adau, yang tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’ terpaksa menahan kesakitan hampir sembilan jam sebelum ditemui penduduk yang keluar menoreh apabila terdengar bunyi dengusan di dalam pondok berkenaan.

Mangsa yang berlumuran darah dan lemah itu kemudian dikejarkan ke Hospital Sipitang sebelum dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu berikutan kecederaan dialaminya sangat kritikal.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang tidur sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bersenjata tajam dipercayai sabit. Lelaki terbabit terus melibas sabit ke arah warga emas itu lalu mengenai muka dan hampir rebah.Melihat keadaan mangsa yang ‘masih bernyawa’, perompak itu melibas buat kali kedua hingga mengenai belakang leher mangsa.Kesempatan itu digunakan perompak untuk melarikan dompet mangsa mengandungi wang RM1,000 dipercayai gaji yang baru diperolehnya.

Mangsa dikatakan hidup sebatang kara di kampung berkenaan dan bekerja sebagai penjaga kebun getah. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Mustapha Othman berkata, mangsa bernasib baik kerana diselamatkan penduduk sebelum mangsa dibawa ke Hospital Sipitang.

penduduk kampung membawanya ke hsiasatan awal mendapati mangsa diserang seorang lelaki ketika tidur seorang diri dalam pondok di kebun getah berkenaan.

“Ketika sedang tidur, mangsa didatangi individu tidak dikenali yang terus menetaknya menggunakan sabit sebanyak dua kali yang mengenai muka dan leher mangsa. “Selepas menetak mangsa, suspek melarikan dompet milik warga emas terbabit yang mengandungi wang RM1,000,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, beberapa penduduk kampung keluar untuk menoreh getah pada jam 8 pagi terdengar bunyi dengusan pelik dari pondok berhampiran sebelum menemui mangsa dalam keadaan lemah dan berlumuran darah.

“Penduduk kampung kemudian membawa mangsa ke Hospital Sipitang untuk rawatan sebelum dipindahkan ke HQE untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa kini dalam keadaan stabil,” katanya


PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments