Saat Menakjubkan Anjing Menyelamatkan Tuan Dari Dilanggar Kereta ( Video ).

Seekor anjing penunjuk arah menyelamatkan dua pelatihnya dengan memberi amaran kepada mereka ketika sebuah kereta yang dipandu laju dan hilang kawalan  meluru ke arah mereka.

Anjing jenis Labrador yang berusia 18 bulan itu sedang menjalani latihan di San Rafael, California dan anjing itu secara tiba-tiba berhenti dan memandang ke arah belakang.

Menyedari hal itu, pelatih anjing memandang ke arah belakang dan melihat sebuah kereta yang hilang kawalan mengundur dengan laju. Pelatihnya itu sempat memegang seorang lagi pelatih dan menarik mereka ke arah selekoh yang berdekatan.

Menurut laporan, kereta yang hilang kawalan itu dipandu oleh seorang nenek yang berumur 93 tahun.
















PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments