Wanita Ini Tidak Dapat Menahan Nafsunya.

Kim Ramsey mengidap Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD), kondisi perubatan yang membuatkan Ramsey berasa terangsang terus-menerus walaupun tidak melakukan hubungan intim. Di dalam kereta api, kereta, bahkan ketika sedang melakukan pekerjaan rumah, Ramsey dengan mudah terangsang sehingga orgasme.


Keadaan ini bermula ketika Ramsey jatuh dari tangga pada tahun 2001. Insiden ini menyebabkan Tarlov di tulang belakangnya, tepat dititik pusat orgasme wanita terganggu. Namun Ramsey baru menyedarinya 7 tahun kemudian, saat bercinta dengan kekasihnya.

“Saya orgasme tanpa henti selama 4 hari. Saya fikir saya sudah gila,” ujar Ramsey. “Ketika itu saya orgasme sekitar 200 kali. Rasa sakit dan lelahnya luar biasa,” sambung wanita berusia 44 tahun itu.

Mudah orgasme membuatkan banyak wanita cemburu dengan Ramsey, padahal keadaan ini betul-betul menyiksa, kerana setelah orgasme tubuhnya langsung terasa lemas dan menyakitkan. Wanita yang bekerja sebagai jururawat ini juga menghadapi masalah mencari pasangan.


“Wanita lain selalu berkeinginan bagaimana caranya untuk orgasme, sedangkan saya berkeinginan bagaimana caranya untuk menghentikan orgasme,” ungkap Ramsey.

Ramsey telah mengunjungi sejumlah pakar perubatan, namun tiada satu pakar pun yang mampu menyembuhkannya dari keadaan aneh itu. Kondisi ini sangat jarang berlaku dan tidak banyak kajian mengenai hal ini dilakukan.



PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments