Bunga Aneh Ini Kelihatan Seperti Tengkorak Manusia (10 Gambar)


Snapdragon adalah salah satu jenis tanaman kebun dengan nama latin Antirrhinum Magi  . Kata Antirrhinum berasal dari bahasa Yunani Anti " seperti" , Rhis " hidung " , dan inus "dari " atau " berkaitan dengan" . Mungkin dinamakan seperti ini kerana bentuknya seperti hidung saat bunga sudah dewasa. Bunga Snapdragon mempunyai bentuk dan warna -warna yang cantik ketika mekar. Namun keadaan ini berbeza ketika bunga Snapdragon telah mati , bunga ini akan berubah bentuk seperti tengkorak manusia.



Dalam masyarakat moden , bunga Snapdragon diteliti mengandung zat anthocyanin yang berperanan penting menghalang tumor dan kanser. Sayangnya , keberadaan zat ini belumlah digarap secara maksimum.

Kajian terkini yang dilakukan John Innes Centre , Norwich, United Kingdom, memasukan DNA snapdragon dan memadukannya dari tomato. Zat antioksidan yang tergandung dalam bunga Snapdragon diyakini para penyelidik menghalang pertumbuhan sel kanser. Zat macam ini juga banyak ditemui pada tanaman berdaun gelap seperti Blackberry, Cranberry dan chokeberry .

Tumbuhan ini juga kaya akan flavonoid, dan sebatian fenol, sehingga memiliki kemampuan menyerap radikal oksigen ( ORAC ) melawan radikal perosokil , superoksida , hidrogen peroksida , radikal hidroksil , dan singlet oksigen.










PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments