Fenomena Ular Berkaki Benar?? (4 Gambar)



Ular sebenarnya pada zaman dahulu mempunyai kaki. Ini bukan cerita dongeng, fakta itu diketahui setelah ilmuwan menemui fosil ular berusia 95 juta tahun yang ditemui pada tahun 2000 di Desa Al-Nammoura,
Lebanon.



Berbeza dengan tulang kaki depan yang kelihatan jelas, para pengkaji  harus menggunakan sinar X Ray yang mempunyai resolusi tinggi tiga dimensi (3D) untuk mampu melihat tulang kaki belakang yang tersembunyi dalam fosil batu.




Menurut Journal of Vertebrate Paleontology yang dipetik dari BBC, pertumbuhan kaki ular Eupodophis descouensi kian perlahan dan akhirnya hilang.



Para pengkaji Muzeum Nasional d’Histoire Naturelle, Perancis, hanya menemukan tulang bahagian pergelangan kaki. "Berkemungkinan pergelangan kaki atau bahagian kaki lain patah atau hilang seiring perjalanan waktu," kata Alexandra Houssaye dari muzeum itu.



PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments