Apabila Wartawan Kacak Bertugas (7 Gambar)

Kehadiran seorang wartawan dari Jepun yang kacak di tengah-tengah krisis politik berpanjangan di Thailand menenggelamkan suhu tunjuk perasaan serta pilihan raya umum 2 Februari di negara itu.



Banyak gambar Daijiro Enami dikongsi melalui laman media sosial, Facebook, Twitter dan Instagram oleh rakyat Thailand selepas rakan-rakan media dan penunjuk perasaan memuatnaik gambar Daijiro membuat kerjanya atau tersenyum dengan wanita-wanita, lapor Bangkok Post.

Daijiro yang berusia 28 tahun itu merupakan wartawan untuk Fuji Television Network.



Dia telah menemubual pemimpin tunjuk perasaan, Suthep Thaugsuban dan membuat liputan ketika pilihan raya umum di daerah Bung Kum, di mana Perdana Menteri Sementara, Yingluck Shinawatra mengundi.













PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments