Api Abadi Di Air Terjun (6 Gambar)




Berada disebalik Air Terjun Shale Creek Preserve di Chestnut Ridge Park, pinggir bandar Buffalo, New York, AS, anda akan menemui salah satu keajaiban aneh di dunia. Api menari di dalam air terjun tersebut.

Ramai saintis hairan melihat penemuan ini, bagaimana api boleh menyala di sebalik hamburan air terjun. Mereka masih terus mencari punca apakah ada gas sehingga menyebabkan api menyala di dalam sana dan seolah abadi.

Setelah diteliti lebih lanjut, ternyata api ini diyakini pernah digunkan penduduk asli Amerika semenjak ribuan tahun lalu. Yang lebih mengharankan lagi, api ini menyangkal keyakinan para saintis mengenai gas yang membakar. Ini kerana, sebenarnya batu yang berada di air terjun ini tidak cukup panas untuk menghasilkan gas.

Jadi, apa yang menyebabkan api ini terus menyala di antara hamburan air terjun tersebut? Ada banyak api abadi di dunia ini, namun diketahui disebabkan oleh gas yang dihasilkan batu di bawahnya sehingga api muncul dan tidak boleh dipadamkan.

Andaian yang diyakini saat ini adalah api abadi di belakang air terjun ini berbeza dari api abadi lain, entah bagaimana penduduk asal Amerika ribuan tahun lalu membuatnya. 









PERINGATAN

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Komenlah dengan berhemah kerana ia menampakkan keperibadian anda.

0 comments